|
PROFIL
Kelibase
Resources®
adalah merupakan sebuah Syarikat yang menjalankan
perniagaan yang berasaskan Ikan Keli di Malaysia.
Kami mementingkan hasil produk yang berkualiti dan
halal.
Sehubungan dengan itu, kami menyalurkan
maklumat-maklumat yang terkini dan terbaik dalam
menjalankan perusahaan ikan keli melalui
kursus-kursus yang di jalankan seluruh Malaysia
termasuk Sabah dan Sarawak.
Kursus-kursus yang dianjurkan oleh Kelibase
Resources®
bertujuan untuk mewujudkan komuniti yang
berpengetahuan tentang Teknologi Akuakultur dalam
ternakan ikan keli
disamping menyahut seruan daripada kerajaan
menjadikan pertanian sebagai satu perniagaan dengan
cara yang mudah dan moden.
Kelibase Resources®
juga mempunyai program menaikkan taraf hidup melalui
sistem rantaian daripada pembenihan sehingga
pengeluaran produk. Kami mengamalkan ternakan yang
halal, bersih dan suci.
Pihak kami menawarkan kepada sesiapa yang berminat
samaada kepada individu, organisasi kerajaan atau
mana-mana syarikat yang berminat untuk menjalankan
projek-projek perikanan yang dikendalikan dan
diselia oleh
Kelibase Resources®
secara usahasama
atau khidmat rundingan untuk membangunkan projek di
tapak masing-masing.
KENAPA IKAN KELI?
Ikan
keli merupakan ikan air tawar yang amat popular di
Malaysia. Ianya digemari terutama yang digoreng
dengan sambal berlada atau yang disalai dan
dijadikan masak lemak cili api. Mungkin suati hari
nanti, produk yang berasaskan ikan keli akan lebih
popular daripada produk yang berasaskan ayam goreng.
Ikan keli berpotensi dijadikan makanan segera dan
boleh disediakan didalam pelbagai resepi.
Ikan
keli mudah di biak dan diternak kerana ia merupakan
spesis yang mempunyai ketahanan yang tinggi. Ianya
cukup lasak di dalam cuaca dan suhu yang tinggi dan
membesar dengan cepat. Dengan pembesaran yang cepat
ini, ikan keli amat sesuai untuk tujuan komersial di
tambah nilai dengan kandungan Omega3 yang tinggi
dimana Omega3 ini sangat baik untuk pembentukan otak
dan mengurangkan risiko jantung. Ia juga mempunyai
Omega 6 dan 9.
Pemakanan ikan keli adalah amat penting untuk
menghasilkan ikan keli yang berkualiti dan
berkhasiat. Makanan yang mempunyai protin yang
tinggi boleh membuahkan hasil tuaian dengan cepat.
Dengan bantuan EM dan Ziolite, ikan keli ini dapat
membesar dengan sempurna dan mengurangkan risiko
kematian yang tinggi. |