|
SIAPA KAMI?

KELIBASE
RESOURCES ialah sebuah Syarikat perusahaan dan
perniagaan yang berasaskan Ikan KELI. Kami berbangga
dalam memberi perkhidmatan yang mesra, produk yang
berkualiti, harga yang berpatutan dan perkhidmatan
pintu ke pintu. Di KELIBASE, kami tidak memilih
kerja yang di beri walaupun tugasan yang kecil atau
produk yang khusus dan terperinci. Kami berterusan
memberi maklumat terbaru dan idea yang inovatif
kepada anda dalam segala perkhidmatan yang kami
beri.
Sebagai pelanggan
KELIBASE, kami akan memastikan yang anda adalah
sebahagian daripada kejayaan perniagaan kami. Adalah
menjadi matlamat kami untuk memberi perkhidmatan
yang cemerlang kepada semua pelanggan kami. Anda
akan di layan sebaik mungkin dan walaupun mendapat
tempahan yang kecil, kami akan memberi perhatian
sewajarnya. Pertanyaan dan perhubungan ke pejabat
kami akan di layan dalam masa yang singkat. Kami
mengalu-alukan pendapat, buah fikiran dan cadangan
anda. Maklum balas anda terhadap perkhidmatan dan
produk kami adalah menjadi sangat penting dalam
menuju kejayaan kami.
Kami
mengamalkan beberapa polisi bagi menjamin kualiti,
kebersihan & keselamatan. Kami komited dalam
memastikan kepuasan pelanggan yang berurusan dengan
kami melalui beberapa faktor seperti menghasilkan
produk yang berkualiti tinggi dengan kos yang
berpatutan, pengeluaran & penghantaran yang menepati
waktu dan menyediakan kemudahan teknikal dan servis.
Kami
juga akan memastikan pengeluaran produk yang halah,
bersih, selamat & berkualiti melalui peningkatan
kualiti yang berterusan semasa pengeluaran produk,
bermulanya daripada aspek bahan mentah hinggalah
kepada pembukusan mengikut standard kualiti yang
telah digariskan.
Kami komited untuk mewujudkan satu persekitaran kerja
yang berkesan dan pekerja yang cemerlang. Kami
memastikan pekerja kami mematuhi garis panduan yang
ditetapkan semasa menjalankan operasi dengan kondisi kesihatan yang baik
bagi menjamin kebersihan produk dan
bebas daripada ancaman perosak yang boleh
membawa kemudaratan.
"Kami mengkhususkan perkhidmatan kami untuk memfokus
keperluan anda. Hasilnya adalah menjadi keuntungan
anda dan kepuasan kepada kami di KELIBASE RESOURCES"
Izhar - Pengurus Pentadbiran
|